PLUSRonda sambut ulang tahun ke-30

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan peronda lebuh raya PLUS Malaysia Berhad(PLUS), PLUSRonda hari ini menyambut ulang tahun ke-30 sejak pasukan ini diperkenalkan pada 1 April 1990.


Objektif penubuhannya adalah membantu para pelanggan lebuh raya yang menghadapi kesulitan ketika berada di lebuh raya yang merangkumi pelbagai masalah samada tayar pancit, kenderaan rosak, bateri mahupun terlibat dalam kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata,“PLUSRonda merupakan kumpulan barisan hadapan di lebuhraya kami. Tatkala negara sedang berusaha memerangi penularan wabak Covid-19, ulang tahun ke-30 penubuhan PLUSRonda pada 1 April 2020 adalah untuk memperingati matlamat penubuhan dan pengorbanan anggota kami curahkan". 

 

"Anggota PLUSRonda kami tetap bertugas dan mengadakan rondaan di lebuh raya untuk memastikan bantuan disampaikan kepada pelanggan mengikut masa yang ditetapkan,” 


“Kami juga menyedari cabaran serta risiko yang dihadapi. Oleh itu, pihak PLUS telah mengambil pelbagai inisiatif bagi membendung penularan wabak Covid-19 di kalangan kakitangan kami," tambah Azman.

 

 

Mengimbas kembali pada 1 April 1990, cuma terdapat 10 anggota telah menyertai PLUSRonda dan pada tahun yang sama, jumlah tersebut meningkat kepada 20 orang. 


Di antaranya adalah Zainal Abidin Lazim (54 tahun) yang merupakan salah seorang anggota pelopor PLUSRonda yang masih berkhidmat. Ramai yang telah pun bersara dan kini cuma empat anggota pelopor yang masih berkhidmat bertempat di Jabatan Keselamatan Trafik PLUS.


Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS pula berkata,“kami sangat berbangga dengan anggota PLUSRonda kami. Mereka adalah wira-wira yang berani dan komited tanpa mengira siang ataupun malam. Semangat mereka yang tidak pernah luntur dan tidak mengenal penat-lelah ketika berada di lebuh raya PLUS atau LPT2.” 

 

 

Zakaria turut menyatakan bahawa tugas anggota PLUSRonda bukan sahaja membantu kes-kes kebiasaan seperti tayar pancit atau kenderaan rosak tetapi turut membantu kerja-kerja menyelamat semasa kemalangan dan pernah membantu melahirkan bayi di lebuh raya. 


Beliau turut berkata anggota PLUSRonda telah diberikan latihan meliputi aspek teknikal hinggalah ke bantuan kecemasan bagi membolehkan mereka mengendali pelbagai situasi ketika bertugas. 

 

peronda

 


Buat masa ini terdapat 574 orang anggota PLUSRonda di sepanjang lebuh raya PLUS dan LPT2. Di dalam keseluruhan ekosistem lebuhraya PLUS, terdapat 4 buah wilayah, termasuk di Pantai Timur. 


Setiap wilayah terbahagi kepada 6 hingga 7 seksyen, dan setiap seksyen dilengkapi dengan kenderaan-kenderaan peronda yang dikendalikan oleh pasukan bersama 2 anggota PLUSRonda. 


Sebelum PKP dilaksanakan, PLUSRonda ditugaskan untuk meronda lebuh raya berdasarkan format rondaan dan perlu tiba memberi bantuan (bergantung sekiranya terdapat beberapa kejadian yang berlaku serentak) dalam masa 30 minit atau lebih singkat daripada itu.


Selamat ulang tahun ke-30 PLUSRonda dan terima kasih kerana sentiasa bersedia membantu kami pengguna lebuh raya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…