Plus uji trak pandu-kendiri 

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah syarikat teknologi, Plus yang berpengkalan di California telah membuat demonstrasi pandu-kendiri untuk sebuah treler di China. 

Ujian itu dilakukan di kawasan ekonomi di Delta Yangtze, China di atas lebuhraya Wufengshan yang baharu siap dibina dan Plus menerima kebenaran khas untuk membuat ujian tersebut dan ia berjalan lancar di atas lebuhraya yang turut digunakan oleh orang awam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ujian itu berdasarkan teknologi pandu-kendiri SAE Level 4 di mana kenderaan melakukan semua fungsi pemanduan dengan sendiri di dalam beberapa jenis keadaan.

Pelanggan PlusDrive yang pertama telah menerima sistem itu sejak Februari lalu dan pengeluaran besar-besaran trak treler dengan sistem PlusDrive akan bermula pada suku ketiga tahun ini dengan trak FAW J7 L3 di China.

Plus ialah sebuah syarikat teknologi pandu-kendiri khusus untuk trak dan bermula di Silicon Valley dalam tahun 2016.

Ia ditukar dari nama asalnya, Plus.Ai kepada Plus dan menerima dana dari Hennessy Capital Investment Corp.

Di bawah ialah video demonstrasi tersebut.