PLUS tutup susur masuk Plaza Tol Kajang hala KL untuk tujuan penyelenggaraan 9 September - 9 Oktober

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan penutupan laluan Susur Masuk Plaza Tol Kajang menghala ke Kuala Lumpur bermula 9 September hingga 9 Oktober, jam 10 malam sehingga 5 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan memotong pokok-pokok besar menggunakan jentera khas dapat dijalankan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Sehubungan itu, pelanggan lebuh raya dari arah Kajang yang ingin menuju ke Kuala Lumpur dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dengan menggunakan Lebuh raya SILK dan Besraya untuk ke pusat bandaraya. Sementara itu, pelanggan juga boleh menggunakan Lebuh raya SILK dan Besraya untuk memasuki lebuh raya PLUS melalui Plaza Tol UPM.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…