PLUS tutup semua lorong tambah nilai dari 29 Ogos-4 September

oleh DIANA ISMADI|
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan laluan di plaza-plaza tol akan menjadi sesak bersempena dengan cuti panjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.

 

Oleh itu, PLUS akan menutup sementara semua operasi Lorong Tambah Nilai bagi melancarkan lagi perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka berlaku akibat orang ramai beratur di lorong-lorong Tambah Nilai di plaza tol.

 

Justeru, kesemua 134 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada pengguna mulai 29 Ogos hingga 4 September.

 

plaza tol PLUS

 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan. Oleh itu, penutupan Lorong Tambah Nilai di plaza tol adalah amat perlu bagi mengelakkan kesesakan disebabkan oleh pengguna lebuh raya beratur untuk menambah nilai kad mereka pada musim perayaan ini,".

 

Anda dinasihatkan supaya memastikan kad anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan PLUS, pemilik kenderaan elektrik boleh…
Berita Domestik
Penutupan itu adalah untuk memberikan laluan kepada penurapan jalan secara berpringkat yang akan…
Berita Domestik
Menerusi Facebook rasminya hari ini, JPJ memaklumkan kesalahan itu dikesan melalui operasi…