PLUS tutup SEMUA lorong tambah nilai dari 21 Dis ke 2 Jan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019  yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. 

Penutupan lorong tambah nilai seperti lazimnya di setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.
 
Kesemua 97 Lorong Tambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 21 Disember 2018 hingga 2 Januari 2019 yang akan datang.
 
Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2019 yang akan datang.
 
Orang ramai yang tidak mempunyai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go juga boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk transaksi tol.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…