PLUS tutup sementara laluan KM273.8-KM272.5 (Arah Utara)

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menutup sementara Lorong Kiri di antara KM273.8 hingga KM272.5 (Arah Utara) di laluan di antara Persimpangan Ipoh Selatan dan Persimpangan Ipoh Utara untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan segera dilaksanakan.

Kerja-kerja penyelengaraan segera tersebut dijalankan setelah pasukan PLUSRonda menemui mendapan lubang berukuran 2.1 meter lebar dengan kedalaman 2.1 meter di KM272.7 (Arah Utara) ketika membuat rondaan kira-kira jam 3:30 petang pada Isnin, 27 Mei. 

Lorong kiri tersebut telah ditutup serta-merta untuk keselamatan pelanggan.

 

 

Pemeriksaan menyeluruh di kawasan berhampiran juga tidak menemui mendapan lubang yang lain. Kejadian tersebut juga tidak menyebabkan kemalangan atau kecederaan kepada pelanggan yang menggunakan laluan terbabit pada waktu itu.

Walau bagaimanapun, pasukan penyelenggaraan PLUS dengan kerjasama pihak pakar masih memantau keadaan sekitar dan keselesaan pelanggan yang menggunakan laluan terbabit dan pada masa yang sama, mengadakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Lorong Kiri akan dibuka semula setelah semua kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan selesai dan setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada pakar.

 

 

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pelanggan yang menggunakan laluan terbabit supaya memandu berhati-hati serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

PLUS turut menyalurkan maklumat terkini perkembangan trafik di kawasan terbabit menerusi Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile serta papantanda elektronik di lokasi strategik di lebuhraya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…