PLUS terima anugerah One Diamond Inisiatif Hijau Seda

oleh SALINA JALIL|
Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Persada PLUS menerima pengiktirafan One Diamond bagi Penilaian Karbon Rendah Bangunan (Low Carbon Buildings Assessment) daripada Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia baru-baru ini.


Kejayaan tersebut membolehkan PLUS muncul sebagai syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara ini yang menerima pengiktirafan tersebut.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Anugerah tersebut memberi pengiktirafan kepada organisasi yang telah berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam melaksanakan usaha-usaha penggunaan tenaga elektrik yang efisien, penggunaan tenaga boleh baharu, mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida seterusnya membantu melestari dan memulihara alam sekitar dengan lebih luas untuk manfaat bersama. 


Penerima anugerah ini dipilih berdasarkan kriteria peratusan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida yang direkodkan oleh satu-satu bangunan secara tahunan seterusnya memberi kesan dalam penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang digunakan.

 

Pada tahun 2018, Persada PLUS telah berjaya mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 6.75 peratus iaitu bersamaan dengan 286.78 tan metrik gas karbon dioksida dan penjimatan tenaga elektrik sebanyak 413,228 kWh (kilowatthour). 

 


Ia tercapai menerusi pemasangan Variable Speed Drive (VSD) untuk sistem penghawa dingin, mengurangkan penggunaan masa sistem penghawa dingin, membangunkan teknologi solar fotovolta, melaksanakan de-lamping (mengurang/mengalih penggunaan lampu fluorescent di lokasi pencahayaan telah mencukupi dan lampu tidak diperlukan), memasang motion sensor lampu di tandas dan surau dan sebagainya.
 

 

"Pencapaian ini melakar satu lagi kejayaan bagi PLUS untuk memperluaskan Teknologi Hijau dalam usaha memulihara alam sekitar untuk komuniti dan kakitangan kami di bangunan Persada PLUS," kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

 

Inisiatif hijau PLUS bermula dengan pelancaran Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik berasaskan tenaga solar yang pertama di Malaysia di Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) pada Disember 2018 serta R&R pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga solar fotovolta iaitu R&R Machap (Arah Utara) pada April tahun ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…