PLUS sumbang kon keselamatan kepada Persatuan Kenderaan Berat

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menyumbangkan 300 kon keselamatan bernilai RM10,000 kepada tiga buah syarikat pengusaha kenderaan berat yang utama iaitu Persatuan Haulier Malaysia (AMH), Persatuan Pemilik Lori Selangor dan Kuala Lumpur dan Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur sebelum ia diedarkan kepada pemandu masing-masing pada 2 Ogos lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Pegawai Operasi PLUS yang telah menyampaikan kon-kon keselamatan berkenaan kepada Presiden AMH, Dato’ Nazari Hj Akhbar, Ng Yoon Kin, Setiausaha Agung Persatuan Pemilik Lori Selangor dan Kuala Lumpur dan Tan Boon Hing, Pengerusi Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Zakaria berkata, “Ini merupakan pendekatan PLUS untuk mengurangkan kemalangan yang berpunca daripada lori yang terkandas di lebuhraya. Penggunaan kon keselamatan adalah amat penting untuk memberi amaran kepada pengguna, terutama penunggang motosikal dan diletakkan pada jarak yang selamat untuk mengelakkan kemalangan apabila lori terkandas di lebuhraya.”

 


“PLUS sentiasa berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan tahap keselamatan di lebuhraya. Ia termasuklah kolaborasi bersama pihak penguatkuasaan seperti Polis dan JPJ untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di lebuhraya dan kali ini bersama Persatuan Kenderaan Berat pula, tambah beliau.

 

 

Menurut Dato’ Nazari, ini merupakan kali pertama sebuah organisasi menyumbangkan kon keselamatan kepada syarikat pengusaha lori. Kon keselamatan merupakan peralatan keselamatan yang perlu dibawa oleh kenderaan berat.

 

Sumbangan kon keselamatan ini merupakan lanjutan daripada Program Keselamatan PLUS Bersama Komuniti Lebuhraya termasuk pengusaha syarkat-syarikat lori yang telah dianjurkan baru-baru ini. Program keselamatan yang melibatkan lebih daripada 400 pemandu dan pengusaha syarikat lori tersebut turut menyentuh tentang penggunaan kon-kon keselamatan untuk memberi amaran kepada pengguna lebuhraya.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…