PLUS selesai tambah 12 lorong RFID tambahan - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan di laman Facebook mengumumkan kerja-kerja menambah lorong RFID Lebuhraya Utara-Selatan sudah pun selesai.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

12 lorong tambahan RFID itu telah mula beroperasi sejak 11 Mac yang lalu di lokasi berikut:

  • Plaza Tol Setia Alam
  • Plaza Tol Subang
  • Plaza Tol Jalan Duta
  • Plaza Tol Putra Mahkota
  • Plaza Tol Kajang
  • Plaza Tol Kubang Semang
  • Plaza Tol Sungai Besi
  • Plaza Tol Shah Alam
  • Plaza Tol Sungai Buloh
  • Plaza Tol Rawang Selatan
  • Jambatan Pulau Pinang

"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS kerana telah menambah 12 lagi lorong RFID di lebuh raya kendaliannya lebih awal dari yang dijadualkan sebelum ini, iaitu pada pertengahan April.

"Pada masa yang sama, saya berharap agar pengguna juga turut mengamalkan kaedah penggunaan RFID yang betul. Saya telah diberi jaminan bahawa sistem RFID akan sentiasa dipastikan berada di dalam keadaan yang terbaik," ujarnya lagi.

Dengan adanya 12 lorong tambahan RFID, ia dilihat mampu untuk mengurangkan masalah kesesakan di beberapa plaza tol PLUS Malaysia yang menimbulkan rungutan di kalangan pengguna.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan Kosmo menyebut, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya…
Berita Domestik
  “Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta mewah dipandu warga Singapura berusia 22 tahun…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "cadangan tersebut adalah…