PLUS sediakan peruntukkan RM5 Juta untuk Program Pembangunan Keusahawanan Wanita (WEP)

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PlUS) memperuntukkan kira-kira RM5 juta dalam tempoh lima tahun untuk melaksanakan Program Keusahawanan Wanita (WEP) yang diperkenalkan oleh syarikat ini dalam usaha memperkasakan lebih ramai usahawan wanita di kawasan rehat dan rawatnya (R&R).

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PLUS ini akan menawarkan kursus latihan, bimbingan mentor dan bantuan perniagaan kepada 20 wanita setiap tahun.

Ia bagi meningkatkan kualiti hidup dan tahap sosio ekonomi masyarakat setempat di sepanjang jajaran lebuhraya kendaliannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengerusi PLUS, Tan Sri Dato' Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata, "sasaran utama program adalah golongan kaum wanita seperti ibu tunggal, golongan B40 dan mereka yang berumur di antara 23 sehingga 36 tahun yang tinggal dalam linkungan 30 kilometer dari lebuh raya.

 

Beliau turut menambah bahawa mereka yang terpilih untuk menyertai program WEP ini akan diberikan latihan, pendedahan dan kemahiran tentang aspek- aspek perniagaan. Di samping itu, mereka juga berpeluang menjalankan perniagaan makanan atau kraftangan berkonsepkan Push Cart atau Kiosk di R&R Plus dalam tempuh dua tahun program ini berlangsung.

 

Buat masa ini terdapat lebih dari 600 gerai yang beroperasi di R&R Plus dan dari jumlah itu 46 peratus diusahakan oleh kaum wanita dan 7 peratus adalah terdiri dari ibu-ibu tunggal.

 

Sheriff juga berkata bahawa kewujudan R&R Plus telah memberi manafaat lebih dari 5,500 peluang pekerjaan dan meningkatkan tahap sosio ekonomi untuk 500 peniaga.

 

Penduduk sejajar dengan lebuh raya Plus juga diberi peluang berniaga di 24 lokasi R&R, 4 restoran jejantas serta 46 hentian sebelah sepanjang rangkaian lebuh raya Plus dan mereka memperolehi banyak faedah dengan adanya lebuh raya ini.
 

 

PLUS turut komited untuk meningkatkan perkhidmatan dan memberi wajah baharu di beberapa R&R terpilih. Lokasi pertama adalah di R&R Seremban (arah selatan) dan sekurang-kurangnya 5 R&R akan dinaiktaraf.

 

Majlis pelancaran Program Keusahawanan Wanita (WEP) ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YAB Dato'Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan turut disertai oleh YB Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 

Dr. Wan Azizah dalam ucapan beliau telah berkata bahawa program seumpama ini di mana pihak syarikat swasta bekerja sama dengan pihak kerajaan untuk memberi peluang pekerjaan kepada kaum wanita lebih-lebih lagi golongan ibu-ibu tunggal untuk menambah pendapatan dan meningkatkan kedudukan sosio ekonomi demi masa depan anak-anak amatlah dialu-alukan dan secara tidak langsung menunjukan bahawa syarikat swasta juga mengambil berat tentang perkara ini. 

 

wep 1

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…