PLUS sediakan langkah proaktif untuk memberikan perjalanan perayaan yang selamat dan selesa

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sempena menyambut musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited untuk menyediakan perjalanan selamat dan selesa untuk orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh rayanya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara langkah dan strategi yang disediakan PLUS merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, keselesaan pengguna, pengurusan lalu lintas di plaza tol, hebahan maklumat trafik dan sebagainya

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “Kami menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami pada hari-hari puncak iaitu pada 20 Januari, 21 Januari dan 24 Januari 2023, bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina."

"Ia merupakan peningkatan sebanyak 20% berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa. Oleh itu bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan awal dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lebih selesa ketika berada di rangkaian lebuh raya kami,”

Menurut Datuk Zakaria, penunggang motosikal menyumbang kepada kira-kira 64% daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di lebuh raya PLUS pada tahun 2022.

 

2

 

“Fokus kami pada perayaan hari ini adalah aspek keselamatan di lebuh raya di mana pelbagai strategi telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan"

"Pada masa yang sama, kami memohon kerjasama pengguna motosikal dan pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya sepanjang musim perayaan yang akan datang.”

“Manakala, kemalangan-kemalangan membabitkan kenderaan berat pula sering menyebabkan kesesakan yang teruk memandangkan ia memerlukan tempoh agak panjang untuk dialihkan serta memerlukan kehadiran dan bantuan jentera- jentera berat seperti kren dan sebagainya.”

Bagi menangani masalah itu, PLUS akan bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya pada musim perayaan ini.

“Selain daripada itu, bagi meningkatkan tahap keselamatan di rangkaian lebuh raya PLUS termasuklah di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) pada musim perayaan ini,"

 

3

 

"Jumlah pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUSRonda dan LPT2 Ronda akan ditambah kepada 265 pasukan bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kecemasan. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 9.1% berbanding hari-hari biasa"

Datuk Zakaria turut menasihatkan orang ramai untuk menggunakan mod pembayaran tol yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya bagi mengelakkan gangguan kesesakan, serta memastikan jumlah baki kad Touch 'n Go dan eWallet sentiasa mencukupi.

Bagi memastikan kelancaran perjalanan, orang ramai juga disarankan supaya menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps bagi merancang perjalanan yang lebih efisien.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…