PLUS sedia tangani aliran trafik tinggi sempena Tahun Baru Cina

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyediakan beberapa langkah tambahan bagi membantu para pengguna lebuhraya menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sempena Tahun Baru Cina (CNY).

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "dijangkakan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan laluan PLUS pada setiap hari puncak pada cuti perayaan yang akan datang. 

PLUS juga menjangkakan aliran trafik yang tinggi pada tarikh bermula 1-4 Februari, 6 Februari serta 9-10 Februari. 

Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil oleh PLUS demi keselesaan pengguna:
 

 

  • Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bermula 31 Januari sehingga 10 Februari menerusi aplikasi PLUS
  • Operasi PLUSRonda melibatkan 230 pasukan sepanjang 24 jam
  • Lorong kecemasan di dua lokasi kritikal akan dibuka iaitu KM287-KM295.1 Simpang Pulai-Gopeng (Arah Selatan), dan KM367.6-KM360.5 Slim River-Sungkai (Arah Utara).
  • Laluan kontra di beberapa lokasi tertentu
  • Lorong Tambah Tunai di Plaza tol akan ditutup sementara waktu bermula 31 Januari-11 Februari
  • Memberhentikan kerja-kerja penyelenggaraan bermula 1-10 Februari


Selain daripada itu, PLUS juga menggalakkan pengguna mendaftar PLUSMiles di mana setiap kilometer perjalanan boleh ditukarkan kepada 1 mata ganjaran yang boleh ditebus dalam bentuk tambah nilai tol atau barangan dalam talian PLUSMiles.


Maklumat terkini aliran trafik akan dihebahkan di Twitter PLUSTrafik, talian bebas tol PLUSLine (1-800-88-0000), aplikasi mudah alih PLUS Mobile, papantanda elektronik dan stesen radio utama. 

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, pengguna boleh terus menekan butang 'SOS' yang disertakan di dalam aplikasi PLUS. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…