Bagi mengelakkan kesesakan, pengguna adalah disarankan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
PLUS menjangkakan kenaikan jumlah trafik bersempena dengan cuti perayaan Tahun Baru China pada Sabtu (5 Februari) dan Ahad (6 Februari), berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan.

Untuk memastikan pelanggan menikmati perjalanan pulang yang lebih selesa, PLUS mengerahkan pasukan PLUSRonda tambahan, selain bekerjasama dengan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang lebuh raya.
Terdapat juga petugas RELA disediakan di plaza tol serta kawasan rehat dan rawat.
Pengguna juga disarankan untuk menyemak maklumat trafik menerusi laman media sosial PLUS (Facebook, Twitter, Instagram), serta memastikan baki kad TnG atau eWallet TnG (untuk tag RFID) sentiasa mencukupi.