PLUS salur bantuan RM1.2 juta kepada HKL, Hospital Sungai Buloh

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memperuntukkan bantuan bernilai RM1.2 juta untuk disalurkan kepada Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bantuan tersebut disalurkan dalam bentuk peralatan perlindungan peribadi dan peralatan perubatan bagi membantu kedua-dua hospital tersebut menangani wabak pandemik COVID-19.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, PLUS membantu dalam proses perolehan di mana mereka membeli secara terus dari pembekal dan menyelaras penghantaran bekalan kepada kedua-dua buah hospital secara terus.

Datuk Dr. Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Dr. Kuldip Kaur selaku Pengarah Hospital Sungai Buloh dalam satu kenyataan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PLUS atas komitmen menghulurkan bantuan kepada kedua-dua buah hospital tersebut.

PLUS juga berharap dengan bantuan ini berupaya untuk menyumbang kepada kadar pemulihan pesakit yang lebih tinggi, serta memperingatkan rakyat Malaysia supaya kekal berad di rumah di samping menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga masing-masing.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…