Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, pada ketika ini sedang dirawat
di sebuah hospital. PLUS juga telah menjalankan pengesanan kontak dan mengarahkan
semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol terbabit supaya mengadakan
pemeriksaan dan saringan kesihatan.
Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan akan diadakan di plaza tol yang terbabit.
Sehubungan dengan itu, Plaza Tol Sedenak akan ditutup sementara mulai jam 12:00 tengahari pada 2 Disember (Rabu) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan selama 6 jam.
Oleh itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur
atau Johor Bahru boleh memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam
atau Kulai sepanjang tempoh penutupan tersebut.
Sementara itu, bagi pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan
supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala bagi
pelanggan dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari
lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai.
PLUS akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke masa.