PLUS - Restoran, gerai makanan dan minuman di R&R bagi kawasan PKPB dibuka sehingga jam 12 tengah malam

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memaklumkan kepada pelanggan lebuh raya bahawa semua kawasan rehat dan rawat (R&R) di negeri-negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibuka sehingga jam 12 tengah malam.


Manakala negeri-negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beroperasi sehingga jam 10 malam, susulan pengumuman terkini Kerajaan.


“Selari dengan Prosidur Operasi Standard (SOP) PKPB, waktu operasi terkini dan kapasiti tempat duduk berdasarkan kepada saiz meja sudah pasti memudahkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan bersama keluarga atau kumpulan pekerja untuk makan bersama.
Modenas

 

Kami berharap langkah ini dapat membantu meningkatkan perniagaan kepada pengusaha gerai dan rakan niaga kami kerana pertambahan kunjungan orang ramai ke R&R sangat dialu-alukan. 


Tahap kebersihan menjadi keutamaan di PLUS dengan menjalankan kerja pembersihan dan penyelenggaran lebih kerap dan secara berskala untuk keselesaan pelanggan. 


PLUS akan memastikan supaya pelanggan terus mematuhi SOP keselamatan seperti yang ditetapkan di kawasan R&R untuk keselamatan dan kesejahteraan semua pihak,” jelas Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.


Bagi memudahkan pelanggan merancang perjalanan mereka dan berhenti singgah untuk menikmati makanan di lebuh raya, premis makanan dan minuman bagi R&R dan hentian sebelah di negeri-negeri yang melaksanakan PKPB (Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Terengganu) akan beroperasi pada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.


Manakala, bagi semua premis makanan dan minuman di R&R dan hentian sebelah yang terletak di negeri-negeri yang melaksanakan PKP (Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang) beroperasi seperti biasa mulai jam 6 pagi hingga 10 malam.
 

 

 

Ruang makan di medan selera di R&R dan hentian sebelah yang berada di bawah negeri-negeri PKP dan PKPB juga dibuka dan pelanggan dibenarkan untuk menikmati makanan mengikut SOP yang ditetapkan dan mengamalkan penjarakan fizikal. 


Semasa tempoh PKP dan PKPB, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24-jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.


Untuk menikmati pelbagai hidangan makanan yang lazat daripada gerai dan rakan niaga, PLUS menasihatkan pelanggan supaya dapat membuat Pra-Pesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS atau klik https://orderdisini.plus.com.my/. 


Pelanggan juga boleh melayari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi PraPesanan. 


Pelanggan boleh menyokong perniagaan komuniti tempatan dengan membuat pesanan menerusi Pra-Pesanan makanan daripada gerai di 21 R&R terpilih, sama ada untuk menikmati makanan di R&R atau membawa pulang makanan dengan lebih mudah dan senang. 


PLUS juga menggalakkan pelanggan supaya memuat turun Aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan di lebuh raya dengan terdapatnya maklumat trafik terkini serta paparan kamera CCTV mengenai keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya. 


Aplikasi tersebut turut menyediakan butang kecemasan SOS bagi memudahkan pelanggan mendapatkan bantuan ketika kecemasan.


Aplikasi tersebut turut dilengkapi dengan Chatbot PUTRI untuk memudahkan pelanggan berinteraksi secara digital bagi mengendalikan sebarang pertanyaan atau maklum balasserta fungsi Pra-Pesanan Makanan. 


Aplikasi PLUS boleh dimuat turun secara percuma melalui google Play Store untuk peranti android atau App Store untuk pengguna iPhone.
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
"Namun laluan kontra (melalui lorong bertentangan) masih diaktifkan. Trafik arah selatan perlahan…
Informasi
  “Sejak 3 dekad yang lalu, Wira Lebuh raya PLUS yang memakai seragam biru ini telah banyak…
Informasi
  Walau bagaimanapun, lorong kiri dan kecemasan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua…