PLUS pemenang anugerah StrategicRISK Asia Pasifik 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) muncul pemenang Program Pengurusan Risiko Terbaik pada Anugerah StrategicRISk Asia Pasifik semasa Persidangan Tahunan Forum Risiko 2019 yang berlangsung di Singapura baru-baru ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya berbangga dengan kejayaan berkenaan yang jelas membuktikan keupayaan pasukannya dalam mencipta sistem pengurusan risiko yang mantap.

“Komitmen dan pengorbanan mereka berhasil apabila kami terpilih sebagai pemenang dan mengalahkan organisasi terkemuka bertaraf dunia seperti Changi Airport, Singapura iaitu lapangan terbang paling banyak menerima pengiktirafan dunia dan Thai Union, pendahulu makanan laut global di peringkat akhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif StrategicRISK di Eropah, Timur Tengah dan Asia Pasifik William Sanders berkata, faktor utama kemenangan PLUS ialah keaslian dalam pendekatan mereka terhadap sistem pengurusan risiko.

“Anugerah Asia Pasifik adalah salah satu usaha penting dalam memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang berjaya membuktikan kemampuan mereka dalam melakukan perubahan yang besar pada tahun 2018 untuk memperkenalkan atau memperbaiki strategi pengurusan risiko mereka di rantau ini,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…