PLUS lanjutkan bantuan tiga bulan lagi kepada peniaga R&R

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
PLUS Malaysia Bhd (PLUS) melanjutkan bantuan selama tiga bulan termasuk pengurangan sewa bulanan kepada kepada semua pengendali perniagaan di kawasan rehat dan rawat (R&R), bermula Ogos hingga Oktober ini.


Bantuan itu akan turut dinikmati oleh pengendali perniagaan sementara.


Malah, semua rakan niaga di R&R Gelang Patah (Arah Utara dan Selatan) akan menerima pengecualian sewa bulanan susulan penutupan sementara sempadan Malaysia-Singapura.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam satu kenyataan, operator lebuh raya itu berkata, ia turut melanjutkan pengecualian sewa bulanan selama dua minggu kepada rakan niaga yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

 

Pada masa yang sama, PLUS juga sedang meneliti cadangan pembayaran secara berkala serta pengecualian caj bayaran lewat untuk rakan niaganya, termasuk pengusaha tempatan R&R di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Terengganu.

Menurut PLUS, ia telah memberikan bantuan pengurangan sewa kepada pengendali perniagaan sejak tahun lalu berikutan impak sekatan perjalanan rentas negeri.

 

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid, berkata pihaknya telah membantu pengendali perniagaan di R&R secara konsisten sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pertama pada Mac 2020.

 

"Kami sudah menganjurkan pelbagai program latihan dalam talian dan meningkatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kebolehan rakan niaga mengadaptasi perniagaan mereka demi mendepani cabaran perniagaan disebabkan COVID-19," katanya.

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…