PLUS laksana kerja penyelenggaraan sistem RFID 17-18 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 17 Ogos 2021 hingga 18 Ogos 2021, jam 1.00-4.00 pagi, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sistem RFID di beberapa plaza tol terpilih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut melibatkan pengguna RFID di kawasan berikut:

  • 9 plaza tol dari Hutan Kampung ke Sungai Dua
  • Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
  • Plaza Tol Jitra
  • Plaza Tol BKE- Kubang Semang & Lunas
  • Plaza Tol SPDH - Mambau & Lukut
  • Plaza Tol Kempas
  • Plaza Tol LINKEDUA - Perling, Lima Kedai & Tanjung Kupang

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, penyelenggaraan dan penambahbaikan ini melibatkan peningkatan kemampuan Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS), di mana ia mungkin menjejaskan operasi sistem RFID secara keseluruhan.

Namun begitu, sistem kad Touch 'N Go masih lagi berfungsi seperti biasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…