Sehubungan dengan itu, PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh pergerakan pulang mengundi (16-18 November) serta tempoh pulang semula (20-21 November).
Untuk perjalanan keluar dari Lembah Klang (16-18 November), pengguna ke destinasi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi, dan ke negeri-negeri lain antara jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.
Bagi perjalanan pulang semula ke Lembah Klang dan ibu kota (20-21 November), pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan lain-lain negeri disarankan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

Bersempena dengan PRU15 juga, PLUS akan melaksanakan beberapa langkah berikut:
- menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan, naiktaraf atau pembinaan bermula 17-21 November
- melakukan rondaan 24 jam sehari dengan menugaskan 200 PLUSRonda
- menugaskan 1,500 kakitangan di plaza tol untuk melancarkan transaksi
- menugaskan 30 kakitangan di Pusat Pemantauan Trafik
- menyediakan kren di lokasi strategik untuk mempercepatkan proses pengalihan, penundaan kereta rosak atau kenderaan kemalangan