PLUS - Kad TnG dan SmartTag masih wujud

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembayaran tol menggunakan kad Touch 'n Go (TnG) dan SmartTag masih akan ditawarkan walaupun sistem RFID akan diperkenalkan di laluan Juru-Skudai di Lebuhraya Utara Selatan bermula 15 Januari 2022.

"RFID adalah pilihan tambahan kepada sistem pembayaran yang sediada dan RFID juga adaah langkah awal untuk melaksanakan pembayaran tol tanpa palang atau Sistem Laluan Terus Pelbagai Lorong (MLFF)," ujar Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Kelmarin, ramai yang keliru dengan laporan yang menyatakan PLUS tidak akan menerima langsung penggunaan kad TnG dan SmartTag akibat beberapa media yang menggunakan tajuk "click bait". 

Ada juga saluran media yang terus membuat laporan salah di mana lorong TnG akan terus ditutup menjelang 15 Januari 2022.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya tidak langsung menyebut isu tersebut, cuma berkata TnG dan SmartTag akan diberhentikan secara beransur-ansur untuk digantikan dengan RFID.

Careta yang menghubungi beberapa pihak industri diberitahu adalah mustahil untuk terus menutup pilihan pembayaran kerana Malaysia bukanlah negara komunis.

"Tidak pernah lagi negara membuat paksaan sebegitu selama ia merdeka," ujar seorang pakar IT.

Seorang lagi penggiat industri berkata kad TnG masih digunakan secara meluas oleh ramai, contohnya bayaran tol, parkir dan juga tambang bas atau keretapi. 

"Tidak mungkin syarikat TnG Digital mahu menutup penggunaan kad itu jika tiada pengganti," ujar seorang lagi sumber.

Dalam tahun 2018, TnG Digital, pemilik sistem pembayaran TnG, SmartTag dan TnG e-Wallet telah mengumumkan ia tidak lagi akan menjual dan memberikan perkhidmatan lepas jualan kepada peranti SmartTag.

Namun begitu, wujud pihak ketiga yang masih mahu menjual peranti yang sama. Syarikat kenderaan juga masih giat menjual sistem SmartTag terbina walaupun sudah diberitahu peranti itu akan "obsolete" dalam tempoh terdekat.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, terdapat 88 buah stesen minyak Shell di seluruh negara yang menyokong cara…
Berita Domestik
Syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang terjejas atas kesulitan dan sedang membetulkan…
Berita Domestik
Ini menyukarkan pengguna peranti pintar iPhone untuk memuat turun aplikasi tersebut, terutama bagi…