PLUS jangka trafik ketika Aidilfitri meningkat 2 juta kenderaan sehari

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik harian meningkat sehingga 25 peratus atau mencecah dua juta kenderaan sehari, ketika Aidilfitri.


Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, peningkatan daripada kadar 1.6 juta sehari pada ketika ini, dijangka berlaku pada hari-hari puncak bermula 29 April hingga 9 Mei.

 

“Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai membuat perancangan awal dan pulang ke kampung lebih awal.

 

“PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh yang terdekat ini bagi membantu orang ramai merancang perjalanan balik kampung dan balik kota masing-masing pada musim perayaan ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

 

Sementara itu, katanya pasukan operasi lebuh raya juga telah bersiap sedia untuk membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti Aidilfitri yang amat dinanti-nantikan tahun ini.

 

“Ia melibatkan pendekatan yang holistik yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai. Pelan persediaan operasi lebuh raya tersebut akan diumumkan kemudian,” tambahnya.

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  "Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan tandas awam yang disediakan di…
Berita Domestik
  "Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi…
Berita Domestik
Datuk Nik Airina bukanlah nama baharu dalam industri lebuh raya dan PLUS, sebelum ini beliau telah…