PLUS jangka 2 juta kenderaan sehari sempena cuti perayaan, laksana langkah proaktif

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad menjangkakan peningkatan trafik sehingga dua juta kenderaan sehari sempena dengan musim cuti sekolah, perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan menggunakan jadual digital My-TTA dalam aplikasi PLUS sepanjang 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.
 

PLUS


PLUS turut mengambil langkah proaktif sebagai persediaan terhadap peningkatan trafik seperti:
• menambah pasukan PLUSRonda
• menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan antara 20 Disember 2023-1 Januari 2024 (kecuali kerja-kerja kecemasan yang memerlukan tindakan segera)
• menugaskan 4,600 kakitangan di plaza tol, anggota PLUSRonda, kakitangan penyelenggaraan, Pusat Pemantauan Trafik dan anggota RELA
• menyediakan maklumat trafik terkini menerusi My-TTA, papan tanda elektronik, aplikasi PLUS, X @PLUSTrafik, laman media sosial, Chatbot PUTRI dan stesen-stesen radio

Laluan SmartLane akan diaktifkan di beberapa lokasi kritikal seperti:
• Persimpangan Senai Utara-Persimpangan Kulai (KM19.0-KM27.0 Arah Utara) pada 22 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024, jam 8.00 pagi-6.00 petang

• Persimpangan Port Dickson-Persimpangan Seremban (KM260.0-KM263.1 Arah Utara) pada 23 Disember-25 Disember 2023, 29 Disember 2023-1 Januari 2024, jam 9.00 pagi-10 malam

Sementara itu, pengaktifan SmartLane berikut adalah bergantung kepada trafik semasa:
• Laluan Gua Tempurung-Gopeng (KM306.7-KM297.0 Arah Utara)
• Laluan Slim River - Sungkai (KM366.8-KM354.0 Arah Utara)
• Kawasan Rehat dan Rawat Rawang - Persimpangan Sungai Buaya (KM439.5-KM435.5 Arah Utara)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…