PLUS jangka 2 juta kenderaan sehari menjelang Tahun Baharu Cina

oleh Mohamad Hanif|
Para pengguna Lebuhraya Utara-Selatan disarankan untuk merujuk jadual cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS Malaysia Berhad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, "cadangan tersebut adalah berdasarkan analisa PLUS tentang corak perjalanan pengguna pada musim perayaan yang lalu.

"Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) ini turut berperanan mengelakkan kenderaan bertembung di lokasi-lokasi panas tertentu di lebuh raya dan terperangkap dalam kesesakan."

"Kajian kami juga menunjukkan perjalanan pengguna yang mematuhi TTA akan menjadi lebih lancar dan selesa," ujarnya lagi.
 

PLUS


Untuk perjalanan keluar dari Lembah Klang (19-22 Januari), pengguna yang mahu menuju ke destinasi seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan keluar sebelum jam 9.00 pagi.

Sementara pengguna ke destinasi lain disarankan menggunakan laluan PLUS antara jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.

Sementara perjalanan kembali ke Lembah Klang (22-29 Januari), pengguna disarankan untuk memasuki PLUS sebelum jam 9.00 pagi.

Seperti biasa, pengguna lorong RFID dinasihatkan supaya memastikan baki e-dompet mereka mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…