PLUS henti sementara operasi selenggara sempena cuti Merdeka

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memastikan kelancaran aliran trafik ketika musim cuti kemerdekaan ni, PLUS mengumumkan penghentian kesemua operasi penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong buat sementara waktu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata, "pihak PLUS akan membuat persiapan menghadapi cuti kemerdekaan yang akan berlangsung sehingga Selasa ini termasuklah:

  • mempertingkatkan perkhidmatan PLUSRonda
  • menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan yang memerlukan penutupan lorong
  • meneruskan kolaborasi bersama pihak Polis dan JPJ

"Dengan jarak lebuhraya melebihi 1,000 kilometer, PLUS juga turut menyelenggara dan menguruskan kira-kira 8,000 cerun, 2 buah terowong, lebih 6,000 sistem pembentungan dan menjalankan lebih daripada 10,000 pemeriksaan termasuklah di kawasan rehat dan rawat," ujarnya ketika berucap merasmikan pelancaran kempen sambutan Hari Kebangsaan di Persada PLUS.
 


Bagi menyemarakkan semangat sambutan merdeka tahun ini, PLUS turut menganjurkan Peraduan Lakaran Rukun Negara di lima buah sekolah terpilih iaitu:

  • SK Taman Desa, Bandar Country Homes, Rawang
  • SK Seksyen 7 Bangi
  • SK Slim River, Perak
  • SK Dato Kelana, Tapah
  • SK Payamas, Tangkak Batu 18

Pemenang utama peringkat antara sekolah bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 untuk pelajar dan RM5,000 untuk pihak sekolah. 
 


Selain daripada itu, PLUS juga menganjurkan peraduan mingguan melalui laman rasmi Facebook PLUSMiles sehingga 30 September ini.

Ia mengajak orang ramai mengarang pantun berdasarkan klu yang terdapat di dalam filem web PLUS #RakanNegara dengan hadiah berupa 62,000 mata ganjaran PLUSMiles yang boleh ditebus menerusi aplikasi PLUS. 

Filem web #RakanNegara boleh ditonton di semua saluran media sosial PLUS bermula hari ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…