PLUS diiktiraf pengendali lebuh raya pertama terima Anugerah Pemangkin Digital 2020

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengendali lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah diiktiraf sebagai salah satu penerima anugerah tertinggi Pemangkin Digital 2020 oleh IDC Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anugerah tersebut disampaikan ketika Anugerah Transformasi Digital IDC (Anugerah DX) 2020 kali yang ke-4 pada 12 Oktober yang lalu.

Ini sekaligus menjadikan PLUS sebagai syarikat pengendali lebuh raya pertama di Malaysia yang meraih anugerah di atas kecemerlangan melaksanakan inisiatif digital untuk memenuhi keperluan baharu pelanggan.

“Dinobatkan sebagai pemenang anugerah berpresti ini membuktikan bahawa kami telah berusaha keras, mungkin lebih gigih daripada rakan industri lain dan merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan atas usaha Transformasi Digital kami.

"Kami akan memastikan penambahbaikan berterusan sentiasa dilaksanakan sepanjang proses menyediakan produk-produk inovatif dan memberi pengalaman terbaik dalam perkhidmatan pelanggan di samping mengutamakan keselamatan pelanggan kami di sepanjang perjalanan mereka,” jelas Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi PLUS, Shamsul Izhan Abdul Majid.

Projek transformasi digital PLUS iaitu Toll of Tomorrow: PLUS Towards the Smart Highway telah terpilih di antara lebih 1,300 penyertaan berkualiti tinggi yang terdiri daripada lebih 640 organisasi dari seluruh Asia/Pasifik.

Bagi tumpuan transformasi digitalnya, PLUS telah melaksanakan beberapa projek di bawah kempen Toll of Tomorrow, iaitu inisiatif yang bertujuan untuk memodenkan sistem lebuh raya dan sistem tol. Antara projek tersebut adalah:-

 


i. PLUS membina Penyimpanan Data (Data Lake) yang berfungsi sebagai asas kepada analitik canggih dan data saintifik untuk menangani kehendak pelanggan yang kian meningkat. Warga kerja merangkumi seluruh peringkat dapat memanfaatkan data tersebut untuk membuat keputusan dan tindakan yang pantas, muktamad serta penghantaran produk dan perkhidmatan inovatif secara berterusan.

ii. 'PUTRI', chatbot pertama industri lebuh raya yang berjaya mengurangkan beban kerja bagi petugas Pusat Kawalan Trafik PLUS (TMC) dengan menyediakan maklum balas untuk pelanggan lebuh raya berkaitan maklumat trafik terkini, kadar tol, mata ganjaran, promosi dan insiden.

iii. Aplikasi mudah alih PLUS Mobile App terus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan yang menggunakan lebuh raya PLUS. Aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi untuk pelanggan lebuh raya merancang perjalanan di mana mereka dapat mengakses imej kamera CCTV, maklumat kadar tol dan pemberitahuan insiden semasa di sepanjang lebuh raya.

"Anugerah Pemangkin Digital ini mencerminkan 101% usaha transformasi digital kami demi syarikat. Ini adalah salah satu pemangkin kepada rancangan transformasi digital demi mewujudkan dan memperkukuhkan infrastruktur pada masa hadapan agar dapat terus ditambahbaik, kajian berterusan serta menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih
inovatif dalam bidang mobiliti dan industri lebuh raya dalam negara,” tambah Shamsul Izhan.

Kempen Toll of Tomorrow PLUS telah mendorong kepada peningkatan 4 mata dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan 2019 dan hampir 350,000 jumlah muat turun aplikasi PLUS Mobile App telah direkodkan dari akhir tahun 2018 hingga 2020.

 


Dengan mengadaptasi teknologi terkini, PLUS telah dapat berhubung, mendekati dan berkomunikasi dengan lebih ramai pelanggan daripada pelbagai segmen dengan lebih mudah serta dapat menyediakan produk dan perkhidmatan dengan lebih pantas berbanding sebelum ini.

Antara syarikat lain di Malaysia yang turut mendapat pengiktirafan adalah Kementerian Kesihatan Malaysia, Affin Bank Berhad, Celcom Axiata Berhad, CIMB Bank Berhad, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN), IOI Corporation Berhad dan Star Media Group Berhad.

Antara tujuh kategori yang tersenarai bagi Anugerah IDC DX adalah Digital Transformer, Digital Disruptor, DX Leader, Information Visionary, Operating Model Master, OmniExperience Innovator, Talent Accelerator, DX CEO dan DX Gamechanger.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…