PLUS - Cuma PDRM, ambulans dan bomba sahaja terkecuali bayar tol

oleh HEZERI SAMSURI|
Plus Malaysia Bhd (PLUS) berkata hanya kenderaan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan penyelamat dan ambulans sahaja yang layak dikecualikan dari bayaran tol.

Isu itu timbul setelah tular sebuah NGO yang berkeras dengan seorang jurutol untuk menurut perintah mereka supaya dibenarkan menggunakan lebuhraya secara percuma.

Tindakan NGO itu sepatutnya dimaafkan kerana mereka mungkin pertama kali turun membantu dan melakukan kerja amal. 

Tidak pernah lagi ada mana-mana kelab kenderaan, badan-badan NGO yang sebelum ini turun ke plaza tol dan meminta jurutol untuk memberi laluan.

Paling tidak pun, mereka akan menulis secara rasmi kepada PLUS dan berhubung dengan ibupejabat untuk diminta laluan khusus tetapi caj tol tetap dibayar.

Tindakan NGO itu sebenarnya memburukan nama banyak badan-badan, kelab-kelab dan agensi lain yang tidak mahu menerima layanan "dewa" semata-mata kerana mereka membuat kerja CSR.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan lokasi tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan…
Berita Domestik
Kejadian kemalangan itu turut tular di media sosial Facebook dan mendapat reaksi netizen. Ketua…
Berita Domestik
Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan…