PLUS cadang bina kapsul tidur di R&R

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

gambar hiasan: hotel kapsul di Jepun

Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat, terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.

"Kita sentiasa melihat kepada kemahuan pengguna... kapsul tidur yang juga dipanggil 'time capsule' ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil 'quick nap' pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.

"Ini antara penambahbaikan fasiliti sedang dikaji dan kita berharap langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan mereka boleh memandu dalam keadaan segar... sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan," katanya kepada Bernama ketika menerima kunjungan daripada delegasi pertubuhan berita itu di Persada PLUS di sini hari ini.

"Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk 'quick nap' dan tidak memerlukan hotel seharian.

Sumber: Astro Awani