PLUS bercadang menambah petak parkir untuk kenderaan berat di kawasan rehat R&R

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (Plus) bercadang menambah petak parkir bagi kenderaan beart di kawasan rehat untuk mengelakkan pemandu kenderaan berat menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya untuk berehat dan tidur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Misalnya, kawasan rehat R&R Bukit Gantang (arah selatan) hanya mempunyai 8 petak kenderaan berat dan pihak Plus bercadang menambah 26 petak. Kawasan rehat R&R yang lain juga turut dicadangkan seperti Machap (arah selatan) dan Seremban (arah selatan) dalam projek menaiktaraf R&R secara komprehensif bermula tahun ini.

 

Turut berkolaborasi dengan projek ini adalah agensi berkaitan seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengurangkan jumlah kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan untuk berehat atau tidur. Jumlah kemalangan akibat kenderaan berat di lorong kecemasan dapat dikurangkan daripada 112 kes pada tahun 2017 kepada 97 kes pada tahun 2018. Sehingga bulan Febuari tahun ini, 3 kes kemalangan dilaporkan akibat kenderaan berat di lorong kecemasan.

 

pic 2

 

Plus juga akan bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengkaji tahap keletihan pemandu di lebuhraya kendalian Plus.

 

Plus juga berharap untuk mengenalpasti dan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya secara kolektif untuk menangani isu ini secara keseluruhan bagi menjamin perjalanan yang selamat dan selesa kepada semua pengguna lebuhraya.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…