Sebagai langkah proaktif, PLUS telah menambah pasukan PLUSRonda untuk melakukan rondaan tambahan di lebuh raya.
"Kerja-kerja penyelenggaraan jalan dihentikan sementara antara 24 Jun dan 3 Julai, kecuali kerja-kerja penyelenggaraan dan kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna.
"Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) telah disediakan dan boleh dirujuk di laman web PLUS atau melalui saluran media sosial mereka bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya berjalan lancar.
"Makluman trafik terkini juga akan disampaikan melalui paparan papan tanda elektronik lebuh raya, stesen-stesen radio, Twitter PLUSTrafik, media sosial dan Chatbot PUTRI," jelas Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz.
Pada masa sama, PLUS mengingatkan pengguna lebuh raya untuk menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar lebuh raya.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun 2023 bersamaan 10 Zulhijjah 1444H.