Katanya, laluan Smart Lane boleh dikenal pasti melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda pemberitahuan di lokasi yang telah ditetapkan.
“Pengguna lebuh raya diminta mematuhi arahan semasa oleh petugas di lokasi dan memberi kerjasama sepenuhnya ketika Smart Lane diaktifkan.
“Laluan itu hanya boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang Ketika Smart Lane diaktifkan, had laju yang disarankan bagi pengguna laluan ini adalah sekitar 60 kilometer per jam,” katanya.
Zakaria berkata, pengguna lebuh raya dilarang memandu di lorong kecemasan dan di lokasi yang tidak mempunyai Smart Lane bagi mengelakkan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan papan tanda serta makluman trafik terkini bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar.
“Kami ingin mengingatkan pengguna bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan lorong kecemasan di lebuh raya,” katanya.