PLUS aktifkan sistem pengecaman nombor plet pada lorong RFID laluan Hutan Kampung-Sungai Dua

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan sistem pengecaman automatik nombor pendaftaran kenderaan (ANPR) pada lorong RFID di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sg Dua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan adanya sistem ANPR dan juga Pusat Validasi Tol (TVC) ini membolehkan lebih ramai pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih lancar dan lebih selamat, selain mampu meningkatkan pemprosesan pembayaran sebagai langkah pertama ke arah sistem lebuh raya aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) pada masa akan datang.

Malah, pelanggan juga boleh melalui lorong RFID pada kelajuan 30 km/j, berbanding 20 km/j pada lorong SmartTAG.

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), "sistem ini diperkukuhkan dengan kemampuan kepintaran buatan (AI) dan pembelajaran mesin dengan menggunakan kamera beresolusi tinggi di kedua-dua lorong masuk dan keluar.
 

RFIRD


"Sistem ANPR dan TVC bersepadu ini akan dapat mengesan, menganalisis, dan menyelesaikan isu pelanggan RFID secara automatik tanpa mengganggu pengalaman perjalanan di lorong tersebut," ujarnya.

Sejak sistem RFID diperkenalkan, laluan Hutan Kampung-Sungai Dua PLUS kini mencatatkan penggunaan RFID yang tertinggi, dan ia akan meningkat sehingga 30 peratus berikutan kebenaran merentas negeri oleh kerajaan.

PLUS juga sedang berusaha untuk memperluaskan akses sistem pembayaran tol RFID di sepanjang lebuh raya dari Juru-Skudai seawal tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…