PLUS aktifkan lencongan jalan susur masuk Persimpangan Bertingkat Juru

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan pengaktifan lencongan trafik di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Utara) kepada semua kenderaan bermula 6 Oktober (12.00 malam) hingga 13 November (11.00 malam).

Pengaktifan lencongan jalan dari jalan susur masuk ke arah Pulau Pinang-Alor Setar itu bertujuan untuk menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir.

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik menerusi aplikasi PLUS, selain mematuhi arahan dan papan tanda trafik semasa melalui kawasan tersebut.
 

PLUS

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini kerana laluan tersebut akan ditutup sepenuhnya buat sementara waktu bermula jam 10.00 pagi…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk Lebuhraya…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…