PLUS akan tambah 12 lorong RFID, kurangkan kesesakan di plaza tol

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
PLUS Expressway Berhad akan menambah 12 lorong teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) selewat-lewatnya pertengahan April ini sebagai permulaan susulan rungutan pengguna lebuh raya berhubung kekurangan lorong berkenaan yang menyebabkan kesesakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu dicapai hasil pertemuan beliau dengan wakil dari kumpulan Touch 'n Go MalaysiaLembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia pagi ini  bagi mendapatkan maklumat jelas mengenai isu kesesakan di plaza tol yang menggunakan RFID seperti diutarakan pengguna lebuh raya.

“Berdasarkan rungutan yang banyak diterima, rata-rata pengguna transaksi ini mengeluh mengenai kekurangan laluan transaksi RFID yang menyebabkan kesesakan teruk di plaza tol.

“Isu keselamatan juga turut dibangkitkan di mana pengguna jalan raya mempersoalkan kedudukan laluan RFID di plaza tol yang berubah-ubah yang telah menyebabkan kemalangan.

“Dalam pertemuan ini, saya sudah mengarahkan tindakan diambil secepat mungkin yang menjurus kepada penyelesaian masalah di samping memastikan keselamatan semua pihak terjamin,” katanya dalam hantaran di laman Facebook. 

Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkan­dung dalam satu pelekat yang ditampal pada sesebuah kenderaan dan akan menggantikan pera­nan peranti tag pintar (SmartTAG).

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita juga ada papan tanda elektronik (VMS) dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda…
Berita Domestik
Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan Lampu Hijaun Berkelip (Green Flashing Light)…
Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…