Plug-In Hybrid Subaru akan guna teknologi Prius

oleh HEZERI SAMSURI|

Subaru sudah mengumumkan bahawa model Plug-In Hybrid pertama dari Subaru akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Yang kita baharu ketahui ialah Subaru akan menggunakan sebanyak mungkin teknologi Toyota untuk sistem Plug-In Hybrid mereka itu.

Berita itu dikongsikan dari Ketua Pegawai Teknikal Subaru, Takeshi Tachimori.

Toyota Prius memang mempunyai varian E-Four yang mempunyai motor elektrik ketiga yang diletakkan di belakang untuk menggerakkan roda belakang.

Ini sangat sesuai untuk Subaru yang mahu mengekalkan ciri-ciri AWD (All-Wheel-Drive) pada produk-produk mereka, walaupun ia ada lah sebuah Plug-In Hybrid.

Hujung tahun lalu, Subaru menyertai satu pakatan bersama Toyota, Mazda dan Denso untuk melakukan usahasama pembangunan kenderaan elektrik.

Tahun ini, usahasama itu dianggotai juga oleh Suzuki, Daihatsu dan Hino.

Perkembangan yang ada sekarang ini memamngnya telah dirancangkan. Harapan Careta agar sudah ada perancangan lengkap untuk Malaysia menerima EV dengan lebih sempurna.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Penggunaan lencana 'S' pada kenderaan Subaru ini menunjukkan versi tertinggi yang ditawarkan pada…
Uncategorized
Apa yang menarik, menurut khabar angin yang dilaporkan oleh Japanese Nostalgic Car, Toyota MR2 ini…
Berita Domestik
  Seringkali bila ada kempen panggil semula atau recall, pemilik kenderaan unit baik-pulih import…