Plaza Tol Shah Alam ditutup kerana banjir kilat

oleh HEZERI SAMSURI|
PLUS menutup Plaza Tol dan Persimpangan Shah Alam pada jam 2 petang tadi kerana banjir kilat.

Semasa laporan ini ditulis, laluan sementara telah diwujudkan plaza tol Subang dan Seafield untuk trafik dari arah utara dan selatan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Laluan masuk di Bukit Raja dan Setia Alam ke Shah Alam juga turut ditutup.

Pengguna lebuhraya yang terputus hubungan antara Setia Alam ke Shah Alam dan Subang menuju Shah Alam/Elite diminta untuk melakukan pusingan U melalui laluan yang disediakan oleh PLUS.

PLUS juga telah menghantar amaran kepada semua pelangganya melalui sistem VMS (Variable Messaging System) berkaitan penutupan dan lencongan tersebut.

Ikuti laman web PLUS dan platform media sosial PLUS Malaysia di Facebook dan Twitter untuk perkembangan terkini.

* Gambar utama dari media sosial

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, menurut siasatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak…
Berita Domestik
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong akan…
Berita Domestik
Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata…