Plaza tol LEKAS kini boleh guna RFID

oleh SALINA JALIL|
Bermula semalam pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) boleh menggunakan teknologi 'Radio Frequency Identification' (RFID) di semua plaza tol lebuh raya itu.


Menurut satu kenyataan LEKAS, pembayaran tol secara RFID dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol memandangkan pengguna tidak perlu lagi berhenti menyentuh kad di panel kad Touch 'n Go dan boleh menggunakannya di semua plaza tol LEKAS sama ada sistem tol terbuka atau tertutup.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut LEKAS, sistem RFID adalah mod pembayaran elektronik terkini yang diperkenalkan di semua lebuh raya sistem tol terbuka pada Januari tahun ini, tambahan kepada cara pembayaran sedia ada kad Touch n' Go dan SmartTAG.

 

Kenyataan itu mengingatkan pengguna lebuh raya yang telah mempunyai pelekat RFID agar sentiasa memastikan e-dompet mereka mempunyai baki mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lancar dan selesa.

 

"Dengan RFID, pengguna dapat membuat transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan selesa, malah tiada kos penyelenggaraan memandangkan pelekat RFID tidak memerlukan bateri.

 

"Tambah nilai boleh dibuat dalam talian kerana sistem RFID menggunakan pelekat yang dihubungkan dengan e-dompet Touch n' Go...ini memudahkan orang ramai membuat transaksi tambah nilai tanpa perlu ke pusat khidmat pelanggan atau lokasi tambah nilai," menurut kenyataan itu.

 

Memandangkan pelekat RFID ditampal pada kenderaan, ia tidak mudah hilang atau mempunyai masalah diletak terbalik atau bateri lemah seperti 'On Board Unit' SmartTAG.

 

Mereka yang hendak mendapatkan pelekat RFID atau ingin maklumat lanjut, boleh melayari rfid.touchngo.com.my.

 

 

Laporan: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…