Plaza tol Ebor ditutup, kakitangan dijangkiti COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa seorang kakitangannya di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) telah disahkan positif jangkitan Covid-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kakitangan tersebut, seorang Pembantu Khidmat Pelanggan, pada ketika ini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan. PLUS juga telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan kakitangan terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin.

Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan diadakan di plaza tol yang terbabit.

Sehubungan dengan itu, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara mulai jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam pada 19 Mac (Khamis) untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan.

Oleh itu, pelanggan dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan supaya memasuki lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Seafield sepanjang tempoh penutupan tersebut.

PLUS mengambil peluang ini untuk menasihatkan semua pelanggan lebuhraya supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan dalam usaha menangani jangkitan Covid-19. Kaedah terbaik adalah menerusi penjarakkan sosial dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

Oleh itu, semua R&R PLUS pada ketika ini hanya menyediakan jualan makanan secara bungkus dan semua medan makan ditutup bagi mengelakkan pelanggan berkumpul. Selain itu, pelanggan yang beragama Islam dinasihatkan supaya membawa sendiri kelengkapan beribadat seperti sejadah, kain pelikat ataupun telekung untuk solat di surau R&R.

PLUS juga menasihatkan pengunjung R&R yang berhenti untuk membeli makanan supaya beratur di dalam jarak 1 meter di antara satu dan lain. Hanya seorang wakil dari setiap kenderaan dibenarkan untuk keluar membeli makanan dari gerai R&R bagi pihak penumpang yang lain.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sepanjang tempoh tersebut, transaksi pembayaran tol menggunakan kaedah SPT mencatatkan sebanyak 2.…
Berita Domestik
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd…
Berita Domestik
"Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak…