Platform BMA - Senibina Modular Segmen B yang fleksibel dari Geely

oleh Mohamad Hanif|
Geely Auto kini mendedahkan platform kenderaan serba baharu yang digelar BMA, platform modular yang disasarkan kepada kenderaan generasi muda yang memerlukan lebih ruang, serta pemanduan yang menyeronokkan di dalam segmen B.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Platform BMA ini mewarisi ciri-ciri yang ada pada platform CMA (Compact Modular Architecture) dibangunkan sebelum ini bersama Volvo yang lebih fleksibel dan mampu diperluaskan kegunaannya dan julat pembangunannya. 

Menggunakan kepakaran senibina modular daripada 100 orang pakar dari 20 buah negara yang berbeza, BMA boleh dilihat sebagai kombinasi beberapa modul seperti sistem janaan kuasa, elektrik, serta casis yang boleh digabungkan membentuk pelbagai variasi kenderaan, daripada sedan kepada crossover, MPV dan SUV. 

Berikut merupakan ciri-ciri penting di dalam platform BMA dari Geely:

1. Platform yang fleksibel dan berskala 


BMA boleh diaplikasikan kepada pembangunan kenderaan yang pelbagai fungsi dan jenis seperti SUV, sedan, crossover, wagon dan MPV. 

Selain daripada variasi jenis, platform ini juga mampu memuatkan pelbagai jenis sistem pacu kuasa daripada Geely seperti 1.0TD, 1.4T, 1.5TD serta sistem pacuan hibrid PHEV, HEV dan MHEV. 

2. Sistem Keselamatan Aktif dan Pasif

BMA direka dengan mementingkan keselamatan penumpang dan pejalan kaki sebagai objektif utama. 

Penggunaan 70% keluli kekuatan tinggi dan 20% keluli tempa panas membolehkan ia melebihi piawaian lima bintang di dalam ujian keselamatan kereta baru Eropah, serta mampu memuatkan sistem pemanduan autonomi tahap kedua dan ketiga pada masa akan datang. 

3. Dalaman serba luas


Reka letak sistem pacuan, sistem gantungan, kedudukan kerusi, tahap ergonomik dan komponen lain telah dioptimumkan kedudukannya supaya kereta tersebut mampu menawarkan keluasan yang tiada tandingannya. 

Dengan pengenalan platform BMA ke dalam pembangunan model baharu, ia mampu meningkatkan tahap perkongsian komponen dan alatan sehingga 70% yang mampu mengurangkan kos pembangunan dan ujian ketahanan. 

Dalam masa yang sama, ia mampu memendekkan masa pembangunan sesebuah model kenderaan daripada 36 bulan kepada purata 18 sehingga 24 bulan sahaja, membolehkan Geely dengan cepat memenuhi permintaan pelanggan dan menawarkan model yang mesra pengguna. 

Pembangunan platform BMA ini dilihat sejajar dan selari dengan pelan strategi 20200 dari Geely yang mahukan penguasaan pasaran tahunan sebanyak 2 juta unit menjelang tahun 2020

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
  Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli…
Berita Global
Meizu juga menerima pelaburan dari Alibaba group Holding dan ia pernah menjual melebihi 20 juta…