PKPP: PDRM hentikan sekatan jalan raya mulai tengah malam ini

oleh Mohamad Hanif|
Sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dihentikan mulai tengah malam ini selepas kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias bagaimanapun berkata pihaknya masih melaksanakan sekatan jalan raya bagi tugasan-tugasan khas seperti Ops Mabuk dan samseng jalanan.  

“Sekatan jalan raya rentas negeri yang didirikan akan ditutup mulai tengah malam ini, namun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan menjalankan sekatan jalan raya untuk operasi-operasi tertentu,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Tinjauan Bernama di Plaza Tol Gombak menuju ibu negara mendapati anggota polis dan tentera yang bertugas di sekatan jalan raya mula mengalihkan kon serta khemah yang terletak di sekatan jalan raya rentas negeri di lokasi itu.

Beberapa kenderaan juga dilihat mula masuk ke ibu negara serta keluar menuju pantai timur untuk ke destinasi masing-masing bermula 12 tengah malam ini dengan lancar.

Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis peronda akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya dan jalan utama bagi memantau aliran trafik.


Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Berita Domestik
Sementara negeri Sarawak pula bermula pada 30 Mac hingga 12 April ini. Perintah Kawalan Pergerakan…