PKPP: Fasiliti surau di R&R PLUS, LPT2 kini dibuka kepada umum

oleh Mohamad Hanif|
PLUS Malaysia Berhad telah pun membuka kembali fasiliti surau yang terletak di kesemua 24 pusat Rehat dan Rawat (R&R) dan Restoran Jejantas bermula 10 Jun yang lalu, serta surau yang terletak di pusat rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pembukaan premis surau kepada umum tersebut adalah selari dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, "diharap para pengguna PLUS bersabar melakukan perjalanan semasa tempoh PKPP disebabkan tatacara keselamatan (SOP) yang perlu dilaksanakan kepada para pengunjung R&R.

Seperti premis perniagaan yang lain, PLUS juga turut melaksanakan saringan suhu kepada para pengunjung sebelum dibenarkan memasuki premis surau, restoran serta keseluruhan kawasan R&R yang turut merangkumi kawasan parkir kenderaan.

 

 


Pelanggan yang perlu menggunakan premis surau dinasihatkan supaya menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan mematuhi tanda yang telah diletakkan di setiap kemudahan seperti kawasan solat dan mengambil wuduk.

Para pengguna juga dinasihatkan supaya membawa sendiri sejadah dan telekung bagi memastikan tahap kebersihan kekal terpelihara.

Setiap surau juga akan dihadkan kapasiti pengunjung dan pendaftaran perlu dilakukan untuk tujuan pengesanan kontak.

Walaubagaimanapun, kesemua surau yang terletak di plaza tol PLUS kekal ditutup sehingga notis yang akan diberitahu kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…