PKPD di beberapa mukim Selangor dan lokaliti WP Kuala Lumpur - 3 hingga 16 Julai 2021

oleh Mohamad Hanif|
Sehubungan dengan peningkatan purata kes harian, Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa mukim di negeri Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Arahan terbaharu itu berkuatkuasa 3 Julai sehingga 16 Julai 2021 merangkumi lokasi berikut:

  • Daerah Petaling - mukim Petaling, Damansara, Sg Buloh dan Bukit Raja
  • Daerah Hulu Langat - mukim Hulu Langat, Ampang, Cheras, Kajang, Semenyih, Beranang
  • Daerah Sepang - mukim Dengkil, Labu, Sepang
  • Daerah Gombak - mukim Batu, Rawang, Setapak, Hulu Kelang, Kuang
  • Daerah Kuala Langat - mukim Tanjung 12 (1) & (2), Teluk Panglima Garang, Morib, Bandar, Jugra, Batu
  • Daerah Klang - mukim Kapar, Klang
  • Daerah Kuala Selangor - mukim Ijok, Bestari Jaya, Jeram
  • Daerah Hulu Selangor - mukim Serendah, Rasa, Ulu Yam, Batang Kali

Sementara bagi WP Kuala Lumpur merujuk kepada lokaliti berikut:

  • Projek Perumahan Rakyat Sri Semarak
  • PPR Batu Muda
  • Flat Seksyen 1 & 2 Wangsa Maju
  • Kampung Padang Balang
  • Taman Koperasi Polis (Fasa 1&2)
  • Flat Sri Sabah
  • Kampung Puah
  • PPR Kampung Baru Air Panas
  • Flat Desa Pandan (termasuk Baiduri dan Delima)
  • Kampung Batu Muda
  • PPR Kerinchi
  • Bandar Baru Sentul
  • Taman Ikan Emas

 


Disebabkan pelaksanaan PKPD, hanya seorang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dalam radius 10 km dari kediaman masing-masing.

Malah, tiada siapa dibenarkan keluar dari kediaman selepas jam 8.00 malam melainkan kes kecemasan dan mendapat kebenaran daripada PDRM.

Sementara perkhidmatan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi pada kadar 50 peratus daripada kapasiti penumpang, manakala perkhidmatan seru-pandu pula dihadkan kepada dua orang pada satu-satu masa.

Kedai runcit, kedai serbaneka serta barangan keperluan harian dibenarkan beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8 malam, manakala stesen minyak pula dibenarkan beroperasi lebih awal dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

Segala aktiviti sukan, sosial dan rekreasi tidak dibenarkan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Jadual perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis adalah pada 11 pagi, manakala dari Kuala Perlis…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata industri automotif…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…