Namun, aktiviti pusat yang disebutkan itu tadi hanyalah dihadkan kepada kerja-kerja membaikpulih yang kritikal sahaja.
Manakala servis berjadual dan penyelenggaraan am adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, dalam tempoh masa terdekat syarikat pengeluar kereta dijangka akan mengumumkan lanjutan servis berkala dan tempoh waranti sepanjang tempoh yang dimaksudkan.
Sementara bagi bengkel yang berada di kawasan luar pelaksanaan PKPD masih dibenarkan beroperasi dengan pemantauan SOP yang ketat.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, kesemua pusat pameran kenderaan masih tidak dibenarkan beroperasi, begitu juga dengan kilang pengeluaran kenderaan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama.
Sumber: Paultan