PKPB: Tiada larangan penumpang duduk sebelah pemandu

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Video yang tular di media sosial semalam menyatakan kononnya seorang pemandu disaman kerana isterinya duduk di bahagian penumpang hadapan adalah berniat jahat dan cuba merosakkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tiada ketetapan yang melarang penumpang duduk di sebelah pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Perkara ini saya telah jawab beberapa kali, tidak ada ketetapan yang memerlukan mereka yang menaiki kenderaan, seorang kena duduk hadapan seorang duduk di belakang.

"Malah, jika datang daripada satu keluarga tidak memakai pelitup muka di dalam kereta pun tidak salah, namun semalam ada seorang pemandu menyebarkan video kononnya disaman kerana perkara itu.

“Setelah disiasat, didapati individu itu dikenakan tindakan kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu,” katanya dalam sidang media harian pelaksanaan PKPP di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri meminta PDRM mengambil tindakan segera terhadap individu berkenaan serta pihak yang menyebarkan klip video di media sosial kerana ia memburukkan imej pasukan keselamatan terbabit.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…