PKPB - Sepang 1000KM Endurance Race 2020 dibatalkan

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu siaran media baru-baru ini mengumumkan pembatalan perlumbaan Sepang 1000KM Endurance Race (S1K) 2020 edisi ke-12 berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa serta SOP yang ketat untuk acara sukan permotoran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Perlumbaan S1K 2020 sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 27 hingga 29 November ini.

Semenjak dianjurkan pada tahun 2009, S1K merupakan antara acara perlumbaan yang terbesar di peringkat nasional, di mana tahun lalu S1K berjaya merekodkan jumlah penyertaan tertinggi dengan 70 buah jentera bertanding dalam dua kelas yang berbeza; M Production dan S Production.

Disebabkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bermula 14 Oktober sehingga 9 November 2020.

Demi membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak, pihak pengurusan SIC terpaksa membatalkan beberapa acara perlumbaan berprestij untuk tahun 2020 termasuklah perlumbaan MotoGP yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Sukan Bermotor
Pasukan yang sama menyertai Sepang 1000KM (S1K) tahun lepas kini tampil dengan nama baharu, iaitu…
Sukan Bermotor
Acara Vios Sprint Cup akan berlangsung sekali dengan perlumbaan Malaysia Championship Series (MCS)…