PKPB Sabah: Aktiviti berbasikal tidak dibenarkan

oleh SALINA JALIL|
Walaupun sudah hampir sebulan daerah di seluruh Sabah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun masih ada individu didapati degil tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ia susulan masih ada individu dikenakan kompaun kerana melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan semasa tempoh PKPB termasuk beriadah atau bersukan ketika berada di luar.

 

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, walaupun hebahan menerusi pelbagai variasi platform dibuat namun masih terdapat individu degil.

 

Katanya, terbaru pihaknya mengeluarkan kompaun terhadap lapan lagi individu yang ingkar dan melanggar SOP PKPB di dua lokasi berasingan.

 

"Polis menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti sukan riadah berbasikal di Jalan Papar Lama-Lok Kawi Baru semalam.

 

Mohd Haris berkata, pihaknya sudah memaklumkan berulang kali bahawa sebarang aktiviti sukan riadah dan rekreasi tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh PKPB ini.

 

"Perbuatan itu jelas menunjukkan mereka seolah-olah 'kebal' dengan tindakan undang-undang dan sengaja tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

 

"Semua individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan melanggar Peraturan -Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No 8) 2020," katanya.

 

Sehubungan itu, Mohd Haris menegaskan orang awam supaya sentiasa mematuhi SOP PKPB.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…