PKPB: Mercedes-Benz Malaysia keluar garis panduan operasi KL, Putrajaya, Selangor & Sabah

oleh Mohamad Hanif|
Merujuk kepada pengumuman terbaharu kerajaan Malaysia berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah, berikut merupakan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Mercedes-Benz Malaysia dan Mercedes-Benz Services Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020, kesemua pusat pengedar rasmi Mercedes-Benz kekal beroperasi seperti biasa, namun perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Hal ini juga tertakluk kepada pelanggan yang mahu memandu uji, atau menghantar kereta untuk diservis dan diselenggara, manakala Service24h Roadside Assistance kekal bersedia sepanjang masa untuk pelanggan Mercedes-Benz.

Sementara itu, program Mercedes-Benz Star Shield pula merupakan protokol keselamatan dikhususkan untuk para pengedar dan pelanggan, merangkumi pelan keselamatan komprehensif yang memperuntukkan pelitup muka dan cecair sanitasi tangan, pembersihan dan sanitasi pusat pameran, pemeriksaan suhu dan mengehadkan kemasukan pelanggan.

Selain daripada itu, Mercedes-Benz Star Shield juga turut merangkumi inisiatif lain seperti Drop & Go, Door-to-Door dan Express Service yang bertujuan untuk meminimumkan kontak sosial.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…