PKPB: Kenderaan masuk Terengganu dilencong ke R&R Perasing

oleh SALINA JALIL|
Semua kenderaan masuk ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) diwajibkan berhenti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing untuk pemeriksaan.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, langkah itu diambil bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan dipatuhi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, lencongan masuk di Kilometer 261 ke kawasan R&R berkenaan akan disediakan bagi kenderaan dari arah selatan termasuk Pahang menuju ke utara negeri ini.

 

"Bagi kenderaan yang mempunyai surat kebenaran merentas negeri sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

 

"Bagi yang gagal menunjukkan surat kebenaran perjalanan, kita akan mengarahkan pulang semula ke destinasi asal mereka," katanya kepada media ketika ditemui selepas melawat tapak Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan R&R Perasing di sini hari ini.

 

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kemaman, Asisten Superintendan Zul Ilham Abd Rahim.

 

Sementara itu menurut Roslee, sekatan jalan raya 24 jam di lokasi berkuatkuasa jam 4 petang hari ini dan akan berakhir pada 9 Jun depan.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…