PKPB dilanjutkan 1-14 April, larangan rentas negeri masih berkuatkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman terbaharu yang dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan Johor bermula 1-14 April 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sementara negeri Sarawak pula bermula pada 30 Mac hingga 12 April ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri-negeri seperti Perlis, Putrajaya, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Labuan turut dilanjutkan bermula 1-14 April ini.

Setakat ini, larangan merentas negeri masih lagi berkuatkuasa, namun pergerakan merentas negeri bersempena Aidilfitri hanya akan diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: Twitter Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…