PKPB: Cuba masuk Perlis, 125 kenderaan diperiksa, 20 diarah berpatah balik

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 20 kenderaan diarah untuk berpatah balik selepas cuba masuk ke Perlis tanpa memiliki permit kebenaran untuk merentas negeri dari negeri yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai semalam.


Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, setakat 5 petang tadi, kesemua kenderaan berkenaan diarah berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Sanglang dan Arau dari Kedah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Sebanyak 125 kenderaan diperiksa sejak pagi tadi dengan membabitkan 294 individu yang cuba masuk ke negeri ini atas pelbagai alasan dan urusan.

 

"Sehubungan itu, pihak polis meminta agar mereka yang perlu merentas negeri untuk medapatkan permit kebenaran agar mereka tidak menghadapi kesulitan terutama membabitkan urusan penting khususnya urusan pekerjaan," katanya ketika dihubungi, di Kangar, Perlis.

 

Mengulas mengenai penguat kuasaan SJR, Surina berkata, pihaknya menumpukan kawalan sempadan negeri ini berikutan pelaksanaan PKPB tidak dilaksanakan di Perlis.

 

"Malah, jumlah SJR turut ditambah dengan membabitkan tiga SJR di kawasan berhampiran sempadan negara di Perlis.

 

"Setakat ini, terdapat enam SJR pada hari pertama pelaksanaan PKPB yang membabitkan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia," katanya.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…